Rekod Pesanan
Elakkan maklumat tercicir daripada menulis ukuran pada kertas atau buku. Aplikasi ini memastikan kemudahan
merekod dengan Jejahit Keyboard khas untuk pengisian maklumat yang pantas.
Lebih Terurus
Maklumat pesanan pelanggan boleh dicari dengan mudah. Kenalpasti pesanan yang telah siap ataupun telah bayar dengan sekali pandang sahaja!
Tepat & Jelas
Rekod ukuran pelanggan yang disimpan boleh dilihat semula dengan tepat dan jelas. Bukan sekadar ukuran sahaja, gambar rujukan pun boleh!
Kalendar
Pelanggan mana yang akan puas hati kalau tempahannya lewat siap. Kalendar Jejahit boleh membantu anda untuk memastikan keutamaan diberikan pada pesanan yang sepatutnya.
Nota Pesanan & Resit
Jejahit membolehkan anda menghasilkan nota pesanan dan resit untuk dicetak. Jika anda ingin perniagaan anda menjadi paperless, hantar resit terus kepada pelanggan melalui WhatsApp!
Laporan & Untung Rugi Perniagaan
Bukan mudah untuk menjahit dan pada masa yang sama membuat kira-kira. Jadi biarkan saja pada Jejahit untuk membantu menjana laporan prestasi bulanan perniagaan anda!